Monday 9 March 2020

Ilmu Batin Ajaran Rasulullah S.A.W.

Ilmu Batin Ajaran Rasulullah S.A.W.

Ilmu kebatinan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW bukanlah suatu ilmu yang perlukan ijazah, mantra, wafaq, jurus, tangkal atau perkara-perkara mistik dan berbaur ajaran Hindu. Ilmu ini 100% dari ajaran Al Quran dan hadis.

Perlu dijelaskan bahawa ilmu ini bukan untuk orang yang inginkan kesaktian. Ilmu mencari kesaktian itu hanya khusus untuk mereka yang disesatkan oleh Allah SWT. Ilmu kebatinan ajaran Rasulullah mendidik seorang yang beriman supaya memiliki akhlak yang terpuji dan yang paling utama adalah mencari keredhaan Allah SWT.

"Ilahi anta maqsudi wa ridhoka matlubi."

Ilmu kebatinan ajaran Rasulullah SAW mudah difahami tetapi sangat berat untuk dilaksanakan. Malah mungkin perlukan puluhan tahun untuk berjaya serta semangat kegigihan yang mantap. Wajib bagi setiap orang yang beriman memahami erti ilmu kebatinan yang sebenar.

Ilmu kebatinan yang diajarkan dan dicontohi oleh Nabi Muhammad SAW adalah ILMU HATI.

Beza dari segi nama tetapi hakikatnya membawa erti yang sama.

Ilmu batin = ilmu rohani = ilmu hati

Mengapa penting untuk memahami ilmu hati?

Bukankah setiap perbuatan bermula dari NIAT?

Bukankah NIAT lahir dari HATI?

Rasulullah bersabda:
"Ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika segumpal daging itu baik, maka seluruh tubuh juga baik. Jika segumpal daging itu rusak, maka seluruh tubuh juga rusak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati".
(HR Muslim, no. 1599. Hadits ini juga diriwayatkan oleh al-Bukhari, at-Tirmidzi, an-Nasâ`i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan ad-Darimi, dengan lafazh yang berbeda-beda namun maknanya sama. Hadits ini dimuat oleh Imam an-Nawawi dalam Arba’in an-Nawawiyah, hadits no. 6, dan Riyadhush-Shalihin, no. 588)

Pernahkah kamu bercakap dengan orang yang lembut hati dan orang yang keras hati? Itulah bukti kesannya hati pada diri seseorang.

"Wa fi anfusikum afala tubsirun."
Dan juga pada diri kamu. Apakah kamu tidak memperhatikannya?
[Surah Adz Dzariat 51:21]

Ilmu hati adalah permulaan bagi seseorang itu mengenal diri. Dengan mengenal diri, dia mengenal Allah. Dengan mengenal Allah, hiduplah mata hati. Hati sebenarnya memiliki rahsia yang besar! Hati inilah yang membuat seseorang menjadi kuat atau lemah. Bahkan IMAN, KEYAKINAN dan ILHAM dikurniakan oleh Allah SWT melalui hati!

Ajaibnya hati dapat menyebut kata-kata yang tidak dapat disebut oleh mulut.
Ajaibnya hati dapat mendengar suara ilham yang tidak dapat didengar oleh telinga.
Ajaibnya hati dapat melihat apa yang tidak terlihat oleh mata.

"Sesungguhnya langit dan bumi tidak akan mampu menampung Aku. Hanya hati orang beriman yang sanggup menerimanya."
(Hadis Qudsi)

Betapa besarnya hakikat hati ini!

Oleh itu barangsiapa yang hatinya dilatih untuk mengikut hati Rasulullah SAW, dia telah mengikut ilmu kebatinan yang sejati.

Inginkan perlindungan?
Hafalkanlah Al Quran di dalam hati.
Fahamilah Al Quran.
Amalkan ajaran Al Quran.
Sebarkanlah ajaran Al Quran.

Bagi orang-orang yang berilmu, hatilah menjadi tempat menyimpan Al Quran bukan di dalam gerobok atau di rak-rak buku yang dipenuhi habuk dan najis cicak.

"Sebenarnya,(Al Quran) itu adalah ayat-ayat yang jelas di dalam dada orang-orang yang berilmu."
[Surah Al Ankabut 29:49]

Jika engkau bertemu dengan orang-orang yang telah menghafal Al Quran, memahami Al Quran, mengamalkan ajaran Al Quran dan mengajar Al Quran, janganlah engkau meremehkan mereka kerana mereka dilindungi Allah. Merekalah yang dipanggil Al Quran bergerak!

"Inna nahnu nazzalnadz dzikra wa inna lahu la hafidzun."
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
[Surah Al Hijr 15:9]

Jangan engkau remehkan orang yang lidah dan hatinya sentiasa berzikir kalimah 'Laa ilaha illallah'. Mereka juga dalam lindungan Allah.

Kalimah "La ilaha illallah" adalah benteng pertahananKu. Dan barangsiapa yang memasuki bentengKu, dia aman dari seksaanKu.
(HQR Abu Na'im, Ibnu Najjar dan Ibnu 'Asakir yang bersumber dari Ali bin Abi Talib r.a)

Ingin membuka mata batin?
Al Quran jawapannya.

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang MEMBUKA MATA HATI manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
[Surah Al Jatsiyah 45:20]

Ingin dikasihi dan disayangi ramai orang(ilmu pengasih)?
Ikutlah akhlak Rasulullah SAW kerana itulah akhlak yang terpuji.

Inginkan ketenangan hati?
"Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
[Surah Ar-Rad 13:28]

Ingin kebal dari bencana dan malapetaka?

Tidak ada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[Surah At Taghabun 64:11]

Ingin jadi orang yang berani?

Barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya dia tidak akan merasa takut dan tidak pula merasa susah.
[Surah Al Baqarah 2:38]

Ingin kaya dengan harta?
Sayangnya ajaran Islam melarang mengejar dunia dengan mengumpulkan harta. Itu adalah sifat Qarun yang sesat. Bahkan Islam mengajar untuk KELUARKAN HARTA di jalan Allah. Islam mendidik umat hidup sederhana. Islam mendidik umat menerima segala ketetapan yang sudah tertulis. Islam mendidik seseorang supaya biasa hidup susah kerana jika timbul pemerintah yang zalim, dia tidak akan termakan bujukan rasuah mereka.

Ingin jadi orang yang hebat?
JANGAN RASA DIRI INI HEBAT!
Setiap amalan akan menjadi sia-sia bila diri merasa hebat. Terapkan dalam hati bahawa diri ini hanyalah seorang HAMBA YANG LEMAH, yang butuhkan pertolonganNya!
Latihkan kerendahan hati secara ISTIQAMAH. Banyakkan berdo'a memohon kepadaNya supaya hati sentiasa bergerak dalam keredhaanNya.
Ingat tujuan dan maksud beramal!
Setiap amalan bermula dengan niat yang dilahirkan dari hati. Maka jangan lahirkan niat melainkan hanya untuk Allah.
"Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil 'alamin."

Tujuan dan maksud hanyalah satu iaitu sentiasa menuju kepada keridhaan Allah bukan untuk kesaktian mahupun karomah. Salah niat, rosak amalan bahkan berdosa.
Ilahi anta maqsudi wa ridhoka matlubi.

JANGAN tertipu dengan kehebatan dari ilmu-ilmu "instant". JANGAN dekat dengan mereka yang MENJUAL AGAMA dengan wang ringgit. Karomah tidak lahir dari kehendak manusia. Karomah hanya berlaku pada saat-saat genting atas kehendak Allah SWT. Karomah bukan permainan atau pertunjukan.

Ingat! Setiap "kemuliaan" yang tidak diredhai Allah pada hakikatnya adalah kehinaan.
Ingat! Merasa diri hebat adalah sifat TAKABUR!

"Demikianlah Allah menutup setiap hati orang yang takabur lagi merasa perkasa."
[Surah Al Mu'min 40:35]
"Masuklah kalian ke dalam pintu-pintu neraka Jahannam, kekal di dalamnya. Itulah seburuk-buruk tempat kediaman bagi orang yang mutakabbir.
[Surah An Nahl 16:29]

Hati dilatih memohon dengan Asmaulhusna yang seratus kurang satu.

Hati mesti sentiasa mengesakan Allah dan berharap kepadaNya.
"Allahu Ahad. Allahus Samad."

Hati mesti sentiasa berserah kepadaNya.
"Bismillahi tawakkaltu 'alallah."
"Wa ufawwidu amri ilallah."

Hati mesti bergantung kepada Allah.
"Hasbiallahu la ilaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil 'adzim."
"Hasbiallahu wa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mal nasir."

Hati sentiasa mengingati mati. Ingat mati bukan takut mati. Ingat mati bahawa masa kamu hidup di dunia ini amatlah singkat. Hati mesti ingat tiap masa yang berlalu tidak akan kembali. Hati mesti sedar supaya tidak membuang masa dengan perkara yang melalaikan dari mencari keredhaan Allah. Ingat mati bahawa Allah telah bersumpah "Demi masa!" Ingat mati supaya segala yang kamu lakukan adalah ibadah. Ingat mati bahawa hidup dan mati di tanganNya.
"Kullu nafsin dza-ikatul maut."
"La ilaha illa huwa yuhyi wa yumit."

Kebalkan hatimu dari api amarah. Bukankah syaitan tercipta dari api? Di sinilah amalan ta'awudz menjadi peranan dan mengekalkan air wudhu' yang memadamkan api amarah.
Wajib berusaha menjadikan hati sentiasa di dalam keadaan tenang dan sabar.
"Innallaha ma'as sobirin."
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Hatimu mesti dilatih supaya sentiasa dalam keadaan tenang. Di sinilah zikrullah memainkan peranan.

Usahakan berlatih dengan istiqamah kerana Allah menyukai amalan yang walaupun sedikit tetapi istiqamah.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah & hendaklah setiap diri memperhatikan apa yg telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); & bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.
[Surah Al Hasyr 59:18]

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberi kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampunimu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
[Surah Al Anfal 8:29]

Dan takutlah kepada Allah; Allah akan mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[Surah Al Baqarah 2:282]

Monday 10 February 2020

Tok Awang Ngah (Siri Berkelahi Dengan Syaitan)

Sumber asal: http://wanmudshardihan.blogspot.com/2011/12/siapa-tok-awang-ngah-3.html
Oleh: Wan Mud

Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, watak 'ustaz' atau 'Tok Awang Ngah' (TAN) dalam Siri Berkelahi Dengan Syaitan adalah Allahyarham Abdul Muluk Bin Daud. Bagi peminat ustaz, saya sertakan wajah beliau bagi menghilangkan tanda tanya siapakah dan bagaimanakah gerangan dan wajah penulis yang begitu terkenal pada sekitar tahun 1980an.

Pada kesempatan ini juga, sekalung penghargaan dan terimakasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya, YM Raja Norazli, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu serta Ybhg Tn Guru Ustaz Nazri atau Ayi (merupakan murid kepada ayah ustaz iaitu Alahyarham Dato Haji Sati bin Haji Daud) serta Saudara Tamar Jalis atau Abang Mad yang telah memberi panduan dan pedoman siapa yang patut saya temui bagi mencungkil dan mengenali TAN dengan lebih dekat.

Namun, saya ingin memohon maaf kerana beberapa tokoh yang pernah bersama ustaz tidak dapat dikesan seperti siapa Alang Bumin dan lain-lain watak dalam kisah Berkelahi Dengan Syaitan (BDS). Apa yang dimaklumkan kepada saya ialah terdapat watak-watak yang turut telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Nama samaran yang digunakan turut menyulitkan proses mengumpul maklumat kenalan, sahabat serta keluarga ustaz. Terdapat juga maklumat yang mengatakan mungkin Alang Bumin pernah menetap di Kampung Peradong, Jelebu semasa hayatnya. Walau bagaimanapun, saya tetap mengharapkan agar sesiapa dari kalangan pembaca yang mengenali arwah atau keluarga serta sahabat arwah bolehlah berkongsi apa jua maklumat bagi pengetahuan bersama.

Seni Silat Lintau


Kepada pembaca sekalian, penulis merangkumkan kisah Seni Silat Lintau ini di dalam blog ini kerana memanjangkan cerita daripada Pak Wa iaitu Guru Silat Lintau ini. Segala yang ditulis ini adalah tulisan asal dari buku beliau. Mungkin ada pembaca yang akan bertanya mengapa SSL boleh timbul di dalam blog ini. Jawapanya, secara ikhlas dinyatakan guru saya pernah belajar SSL ini. Ini adalah lumrah atau resmi pendekar pada masa dahulu untuk sentiasa belajar dan mencari serta saling bertukar-tukar pengetahuan, dan tidak timbul isu siapa yang lebih. Kepada anak-anak murid Pak Wa tau sesiapa yang pernah belajar SSL ini boleh menghubungi saya untuk menyambung semula silaturahim yang terputus. Berikut adalah kisah yang ditulis oleh Pak Wa di dalam bukunya.


SENI SILAT LINTAU
Pertama. Difahamkan secara ringkas sahaja , SSL ini memang telah berada di Negara kita ini lebih 200 tahun yang silam dan ada beribu-ribu ahlinya. Tetapi tidaklah terkenal dan dikenali, sepertimana Seni Silat yang lain-lain. Walaubagaimanapun, di Indonesia ia amat dikenali ramai dan disegani, ia juga dipanggil dengan nama Seni Silat Jagur.


Keduanya, Seni Silat Jurus. Silat ini memang terkenal di mana sahaja oleh sebab kesaktian-kesaktianya yang luar biasa dan mengkagumkan sebagaimana yang dapat kita lihat di dalam media. Demikian ini tidaklah boleh dinafikan berlakunya di zaman-zaman dahulunya. Tetapi kini telah lenyap sedikit demi sedikit, walaupun demikian mungkin ada yang tersembunyi bagi mereka yang mengamalkanya, tetapi kebanyakanya telah terpesong dari apa yang sebenar-benarnya, oleh sebab ketakburan.

Ketiganya, timbul pula Seni Silat Nasrul Hak namanya, ini juga tidak kurang ahli-ahlinya. Tetapi Seni Silat ini, kebiasaanya tidaklah mudah menyerang dikecualikan bila mana menimbulkan kemarahan. Seni Silat ini juga hampir lenyap disebabkan, berpunca dari arahan gurunya berlainan antara 1 sama lain, akhirnya keraguan timbul.

Demikian inilah tiga jenis silat peringkat awalnya.

Wednesday 29 January 2020

Sejarah Ilmu Jurus

Sumber Asal: Ki Sawung Manunggaling

SEKILAS PANDANG


Persilatan Jurus Lima atau yang biasa dikenal dengan Jurus Syahbandar dikenal dengan beberapa nama antara lain; Langkah Empat (langkah ampek), Jalan lima, Gerak Anu Opat Kalima Pancer, Gerak Sabandar, Gerak Asror, Gerak Panca Tunggal dll. Dahulu dikenal sebagai kepandaian atau kelihaian dari Moh. Kosim Ama Sabandar, berasal dari Pagaruyung Sumatra Barat.

Sementara itu menurut penyelidikan Ki Sawung secara langsung ke Bukit Tinggi-Padangpanjang-Batusangkar, yg mana dalam hal ini beliau telah dibantu oleh Bpk. Drs.Mid Djamal (Dosen ASKI Padangpanjang). Beliau telah mendapat banyak keterangan yang menarik tentang aliran2 silat/pentjak Minangkabau daripadanya. Bpk. Drs.Mid Djamal adalah juga penulis dari sebuah buku yang berjudul “Aliran-aliran Silat Minangkabau”.

Bahawasanya dalam aliran-aliran silat Minang terdapat aliran silat tenaga dalam, beliau menyebutnya lebih tepat dengan istilah tenaga batin. Di Minang kaedah tersebut dikenali dengan nama Ilmu Gayung. Ilmu Gayung ada dua jenis yaitu Gayung Zahir dan Gayung Batin (gayung bersambut dan gayung tak bersambut).

Monday 27 January 2020

Lumrah Persilatan Tanah Air


Melalui ruangan ini saya ingin menyampaikan pengalaman dan pandangan melalui menulis dan bercerita mengenai Silat Melayu masa kini di Malaysia. Terdapat banyak perguruan persilatan yang dapat kita banggakan dan ada juga silat yang tidak seperti silat.

Dari pengalaman saya semasa tinggal di Kuala Terengganu, Terengganu dalam sekitar tahun 90an, boleh dikatakan setiap bangsal silat yang diketahui akan saya jengahinya. Ketika itu latihan silat sedang dijalankan. Ramai guru-guru silat yang saya temui di bangsal silat tersebut menjadi kenalan. Boleh dikatakan setiap bangsal silat yang saya pernah hadir akan menjemput saya jika ada majlis perlimau atau pun khatam silat dijalankan.

Sunday 26 January 2020

Keris Senjata Istimewa

Pada zaman serba moden ini memang tidak dinafikan memang payah untuk berjumpa dengan orang yang pandai ilmu besi. Kalau ada pun hanya tukang buat keris dan tukang buat parang.

Suatu ketika dulu pada tahun 1986, saya pernah mengupah seorang tukang besi di Kampung Chendering, Kuala Terengganu untuk membuat senjata adunan besi tujuh par (7 jenis besi) yang diambil dari 7 buah negeri dan disepuh dengan tujuh air sungai dan ditempa oleh tukang besi itu pada tiap-tiap tujuh kali hari Selasa.

Semasa tukang besi tersebut menempa senjata besi tadi saya lihat ia memegang besi yang panas dan berwarna merah tadi seperti dia memegang pisang goreng yang baru digoreng yang diangkat dari dalam kuali. Meskipun kehebatan tukang besi tadi memegang besi yang panas merah tiada terdapat yang dia boleh menegakkan apa jua jenis senjata yang dibuat dari besi.

Latar Belakang Perguruan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8Gug5tiDj3s3H7MVR_sbaUc0BSXIE9BUmmv5QlWjxKdtbWqz6mq9Ltj6JW9HgVsrn1-pCZ4FiZu2nA59MXIW98x6qrtTmEOEXepZvNGBXxhrCBVv7AY_Ajn3VEpbl7jmNOWqWpwjv_zQ/s400/jwmm-map-kembang.PNG
Perguruan ini berasal dari Riau Indonesia. Di Riau ia diwarisi oleh seorang lelaki Melayu yang dikenali dengan nama Abdul Karim yang berusia lebih seratus tahun. Di Malaysia anak muridnya yang tinggal di Kg Telok Rumania di selatan negeri Johor adalah pewaris kepada perguruan ini. Beliau bernama Mokhtar bin Abu Bakar. Beliau bekerja sebagai nelayan dan berniaga warong kedai kopi. Ia juga telah berkembang hingga ke Terengganu yang dibawa oleh murid Guru Mokhtar iaitu Guru Murad bin Long di Kg Pengadang Baru Felda Jerangau, Dungun dan juga Kemaman. Selain Terengganu ia juga dikembangkan di Kuantan oleh Guru Rosli. Di Seremban pula perguruan ini dikembangkan oleh Guru Nazari.

Oleh NAZARI

Wednesday 22 January 2020

Wali Abdal; Ciri-ciri dan Tugas

Pengertian Wali Abdal, Ciri-ciri dan Tugas Wali Abdal dalam Islam

Wali abdal adalah Wali Allah yang jumlahnya mencapai 40, jika salah satu dari mereka wafat maka Allah SWT akan menggantikan posisinya yang wafat tersebut hingga jumlahnya tetap 40 dan akan terus ada sampai Hari Kiamat.

Dalam Kitab Alhawi Lilfatawa karya Syeikh Jalaluddin Assuyuthy,

"Sesungguhnya telah sampai khabar kepadaku tentang ulah sebahagian orang-orang yang tidak mempunyai ilmu berani engkar akan adanya penghulu para wali adapun dari pemimpin para auliya itu adalah wali abdal, wali nuqaba' wali nujaba' wali awtad dan wali aqthab atau wali qutub".

Tengok Keris Seperti Perempuan

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Keghairahan Mohd. Nazari Md. Said, 53, terhadap senjata besi mungkin boleh dianggap pelik.
“Saya boleh tak tidur malam bila tengok besi yang ditempa cantik, terutamanya apabila ia dijadikan senjata.

“Sekali tengok, boleh termimpi-mimpi, mengalahkan tengok perempuan dibuatnya,” jelas peminat nombor satu senjata besi ini.

Bermula dengan minat yang mendalam, Nazari nekad untuk mendalami ilmu besi.

Silat Batin Lindungi Diri

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Dalam suasana kelam pada malam itu yang hanya diterangi cahaya bulan mengambang, sekumpulan pengamal seni silat kebatinan Gerak Halilintar giat menjalani latihan.

Dengusan kasar yang kedengaran dalam kalangan pengamal silat yang berpakaian hitam semasa melakukan latihan itu bukanlah perkara asing buat mereka.

Para pengamal silat itu mengamalkan zikir yang dipercayai boleh mengeluarkan tenaga dalaman untuk dijadikan 'pagar' bagi melindungi tubuh daripada sebarang ancaman musuh.