Pada zaman serba moden ini memang tidak dinafikan memang payah untuk berjumpa dengan orang yang pandai ilmu besi. Kalau ada pun hanya tukang buat keris dan tukang buat parang.
Suatu ketika dulu pada tahun 1986, saya pernah mengupah seorang tukang besi di Kampung Chendering, Kuala Terengganu untuk membuat senjata adunan besi tujuh par (7 jenis besi) yang diambil dari 7 buah negeri dan disepuh dengan tujuh air sungai dan ditempa oleh tukang besi itu pada tiap-tiap tujuh kali hari Selasa.
Semasa tukang besi tersebut menempa senjata besi tadi saya lihat ia memegang besi yang panas dan berwarna merah tadi seperti dia memegang pisang goreng yang baru digoreng yang diangkat dari dalam kuali. Meskipun kehebatan tukang besi tadi memegang besi yang panas merah tiada terdapat yang dia boleh menegakkan apa jua jenis senjata yang dibuat dari besi.
Saya yang memiliki senjata yang diperolehi dari tukang besi tersebut pernah mengalami bisa yang terkena dari senjata yang ditempa pada setiap hari Selasa tersebut. Ketika itu saya membawa bersama-sama senjata itu, sewaktu keluar berjalan-jalan. Sekarang ini tidak pula saya membawa senjata itu sebilang masa sebaliknya menyimpan dan menjadikan ia sebagai barang koleksi sahaja. Lagipun adalah salah jika seseorang itu membawa apa-apa senjata yang dijadualkan di bawah undang-undang kesalahan kecil. Selama memiliki senjata tersebut tiada pula saya melihat ia mengeluarkan asap ataupun sesuatu yang luar biasa, mungkin senjata tersebut tidak mempunyai kelebihan seperti senjata lain.
Pada tahun 2004, semasa saya bertugas di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, saya ada berjumpa dengan seorang tok dukun yang mendakwa boleh menegakkan keris dan nilai keris tersebut ujarnya RM1.5juta. Saya pun berkata kepada beliau, hendak juga melihat rupa bentuk keris tersebut dan memintanya menunjukkan kehebatan menegakkan keris sepertimana dakwaan itu. Beliau setuju. Tetapi akhirnya dia hanya sekadar cakap kosong sahaja. Setelah beberapa bulan tok dukun itu datang berjumpa dengan saya untuk menawarkan keris tersebut dengan harga RM 2000.00. Kata beliau, keris tersebut sesuai disimpan oleh saya. Tetapi saya menolak untuk membeli keris tersebut. Saya tidak berminat dan berkata kalau bagi saja saya ambil.
Saya adalah peminat barang-barang senjata antik dan ada juga belajar sedikit perihal senjata besi. Bagaimana kita hendak membeli, mahupun hendak menyimpanya. Ukuran yang macam mana sesuai dengan diri kita. Cara ukuran terhadap senjata tersebut. Biasanya senjata diukur dengan menggunakan daun kelapa.
Selain daripada itu, ia juga boleh diukur dengan tapak ibu jari tangan. Umpamanya, ukuran seperti ukuran untuk saudagar, perempuan, hulubalang dan akhir sekali kehamba orang. Ada juga ukuran mengikut ukuran orang Hulu yang sebutanya seperti bunyi syair seperti “besi betat besi miang anak endong keciciran petang-petang baginda datang emas sekupang jatuh keriba”.
Selama hayat saya, saya cuma berjumpa dengan seorang guru silat di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu (berhampiran dengan kampus UiTM) yang saya panggil beliau dengan nama Pok Su Wei. Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada guru ini jika menulis cerita ini tanpa kebenaranya. Beliau boleh menaikkan keris yang diletakkan di celah rusuknya dan saya melihat sendiri keris tersebut bergerak turun naik di celah rusuknya. Dakwa guru itu, kalau hendak diuji cara begitu saja yang boleh kita lihat dengan menyuruh ia turun dan naik tetapi andai kata terjadi pergaduhan, senjata tersebut boleh terbang melayang menikam musuh. Kata beliau lagi, andai kata ada orang yang menyerang dengan senjata besi,senjata tersebut tersebut tersasar hanya satu inci saja dari kulit tubuh badan kita. Mana ada kulit yang boleh tahan dengan benda yang tajam, meskipun tidak luka tetapi dalamnya cedera, sambungnya.
Ada juga cerita yang saya dengar terdapat senjata yang diperolehi daripada alam ghaib. Umpamanya, mereka yang pergi bertapa atau pun mendapat alamat melalui mimpi. Senjata seperti itu biasanya mempunyai beberapa kelebihan. Pernah juga saya melihat sendiri senjata yang sedemikian.
Menurut tuan empunya senjata itu, ada ketika senjata berkenaan hanya tinggal sarung dan ulu sahaja. Mata besinya, didakwa telah kembali ke tempat asal. Dakwa beliau lagi, ia akan kembali semula ke sarungnya beberapa ketika selepas itu. Menurut dakwaan sesetengah pihak memiliki senjata Melayu seperti keris, banyak kelebihan yang diperolehi oleh pemakai dan pemiliknya. Contohnya, seseorang itu boleh kebal dan ghaib.
Itu dakwaan sesetengah pemilik atau kepercayaan penyimpan keris. Bagaimanapun saya sebagai orang Islam berpendapat, kita tidak boleh bergantung kepada barang seperti itu, dan menganggapnya seperti tangkai yang memiliki kuasa, dikhuatiri boleh menyebabkan syirik.
Suatu ketika dahulu, saya pernah memiliki keris yang bercampur dengan besi kuning pemberian seorang guru. Senjata tersebut mempunyai beberapa kelebihan. Selalunya kalau saya hendak keluar bertugas, saya akan membawanya. Saya juga telah menguji senjata yang mempunyai besi kuning tersebut.
Dalam satu kes, seorang budak telah tertelan duit syiling. Saya telah melakukan `rawatan’ dengan cara merendam besi senjata tersebut dalam air sebelum diberikan kepada budak itu untuk diminum. Sesudah itu, budak tersebut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan di X Ray. Namun, duit syiling itu telah tiada.
Kejadian kedua, atau pengalaman seterusnya untuk dikongsi bersama, saya pernah mengikat senjata besi kuning tersebut di kaki ayam dan menembaknya dengan senapang. Ayam tersebut tidak mati!
Untuk persoalan, bagaimana sesuatu keris itu berkuasa, apa yang saya tahu ada keris yang mempunyai khadam atau dipanggil penjaga. Cara penjagaan keris itu bersyarat juga dan orang dahulu menyebutnya “keris dijaga”. Pemiliknya perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti diperasap dan dilangirkan dengan limau dan dibaca dengan sesuatu ayat atau pun cara ‘bangkitan’ mahupun ‘seruan’ terhadap keris yang dipuja. Perbuatan itu yang mendatangkan ‘kuasa’ . Namun perbuatan itu perlu dikaji sebelum membuat perbuatan itu.
Walaubagaimanapun, saya dalam isu keris berdiri ini beranggap ia bergantung kepada niat tuan empunya keris tersebut menyimpanya. Menyimpan keris sebagai koleksi ataupun mahukan kehebatan darinya seperti Keris Taming Sari dalam cerita Hang Tuah. Wallahua’lam.
Oleh NAZARI

No comments:
Post a Comment